Monday, November 20, 2023

LAWATAN AUDIT DALAM EKSA MBMB PADA 20 NOVEMBER 2023

 

Audit Dalam EKSA MBMB telah diadakan pada 20 hingga 21 November 2023.  Satu lawatan Audit Dalam EKSA MBMB ke Zon Calathea Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya, MBMB pada 20 November 2023.  Beberapa zon telah dilawati dan beberapa teguran tambahbaik dari pihak audit.  Terima kasih pasukan audit EKSA yang telah mengaudit Zon Calathea. 






Friday, November 17, 2023

LAGI DAN LAGI ..AKTIVITI TAMBAHBAIK RUANG PEJABAT DI JABATAN LANDSKAP DAN PENGINDAHAN BANDARAYA

 

Aktiviti EKSA di sudut dan ruang pejabat juga ditambah baik. Semangat kerjasama dari tenaga kerja sangat membantu dan dihargai...masing-masing menginspirasikan idea dan kreativiti bagi mengwujudkan persekitaran kerja yang baik. 


Ruang pantri juga tidak dilupakan...dibawah Seliaan Puan Siti Zamira Sudadi dengan dibantu beberapa rakan wanita yang lain. Terima kasih😍



baru nak masuk dah rasa tenang ..belum lagi menikmati makanan mesti dah kenyang sebelum habis makan 😂😂😂



Ruang pantri setelah ditambahbaik biarpun ruang kecil tapi kemas dan menenangkan ...betul tak 💞




SEMANGAT DAN KERJASAMA RAKAN PEJABAT UNTUK ZON EKSA JABATAN


 

Setiap ruang dan sudut dalam pejabat ditambahbaik dan dikemaskini bagi memastikan persekitaran kerja baik dan menenangkan jiwa ...ahakkkkk 💕



Antara orang kuat yang membantu memastikan persekitaran ruang pejabat sentiasa kemas dan teratur.


  

Gigih mengemas ruang kerja memasing bagi memastikan keselesaan dalam menjalankan tugasan.





Kalau bab dekorasi  bolehlah cari Encik Aiman, Encik Hafiz dan Pn Siti Mariam 😍



Aktiviti mengemaskini dan tambahbaik sudut dan ruang pejabat diteruskan pada 17 November 2023.  


Sudut informasi maklumat EKSA sebelum dikemaskini terletak di laluan pintu masuk utama ke Jabatan Landskap. 








   Sudut maklumat EKSA selepas dikemaskini dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh Ketua Zon CALATHEA iaitu Puan Aisah Lasim.

Thursday, November 16, 2023

PROGRAM GOTONG-ROYONG PADA 16 NOVEMBER HINGGA 17 NOVEMBER 2023

 

  Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya telah mengadakan beberapa aktiviti dalam menyediakan dan mengemaskini beberapa sudut dan ruang EKSA di jabatan. Beberapa ruang telah ditambahbaik hasil idea dan kreativiti beberapa anggota pejabat.


Ruang menunggu Jabatan sebelum dikemaskini.







 Ruang menunggu selepas dikemaskini dan ditambahbaik dengan mempamerkan aktiviti yang telah dijalankan oleh anggota di Jabatan dan terdapat sudut anugerah yang telah diraih oleh Jabatan.

Thursday, October 19, 2023

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MBMB SEMPENA PROGRAM "ANDA KITAR, KAMI BAYAR" - SEMUA ZON

 

Zon Calathea telah mengadakan gotong-royong perdana EKSA pada 19 Oktober 2023(Khamis) di persekitaran ruang pejabat dan ruang kerja masing-masing.










Wednesday, October 18, 2023

BENGKEL PEMBANGUNAN BLOG ZON EKSA MBMB

BENGKEL PEMBANGUNAN BLOG ZON EKSA  MBMB

Tarikh : 18 Oktober 2023 (Rabu)
Lokasi : Anjung Makmur, MBMB


Bengkel Pembangunan Blog EKSA MBMB telah dihadiri oleh Puan Nor Faridahwati binti Abd Ghapar, Jawatankuasa Promosi Zon Calathea, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya. 

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk mengemaskini Blog EKSA Zon Jabatan dan memuatnaik info jabatan dari semasa ke semasa.